
Kemudahan Asas
Terdapat banyak kemudahan asas yang disediakan di taman tasik cempaka. Kemudahan ini disediakan bagi memudahkan pelawat yang mengunjungi ke sana seperti: taman permainan, pondok, tempat meletakkan motosikal, tempat membuat aktiviti bersenam, tandas awam dan kedai makan.
Kemudahan asas yang tersedia ini dapat membantu pelawat menghabiskan waktu masa kosong dan ibu bapa juga boleh membawa keluarga bermain di taman permainan. Ibu bapa juga dapat menghabiskan masa dengan anak-anak pada waktu masa kosong semasa cuti.
​
Salah satu kemudahan asas disediakan di kawasan taman tasik cempaka yang sangat digemari oleh warga emas atau orang dewasa masa kini ialah tempat membuat aktiviti bersenam. Kebanyakkan warga emas dan orang dewasa suka aktiviti bersenam untuk mengisi masa terluang mereka pada waktu pagi dan petang. Hal ini disebabkan bersenam di kawasan taman tidak ada sebarang bayaran.
Setiap kemudahan asas yang disediakan adalah untuk memudahkan pelawat yang mengunjungi ke sana dan kawasan berhampiran.



Pondok berehat di Kawasan Taman Tasik Cempaka
Tempat meletakkan kereta dan motosikal di Taman Tasik Cempaka
Tandas awam di Taman Tasik Cempaka
Alatan aktiviti senaman di sediakan untuk orang awam
Kedai makan di Taman Tasik Cempaka

